Saturday, March 30, 2013

Cerita lama: Cerap Gerhana Bulan Jun 2011-Masjid Negara

Cerita lama part 1:

Kenangan cerap gerhana bulan di Masjid Negara. Pergi ramai-ramai dengan Wamy, Along dan Deq Nor. Sebab aku paling tak boleh nak memandu waktu malam, maka sesi pemanduan diambil alih oleh Deq Nor.

Cerapan bermula sekitar tengah malam. Maka, kami tidur siap-siap dekat rumah aku (konon takut mengantuk). Dekat pukul 11 malam kami singgah ke 7-E mencari bahan makanan untuk kunyahan sementara menunggu cerapan. Gigih memborong masing-masing. Aku yang mulanya risau sebab anak dara yang jelita keluar mengalahkan Cinderalella malam-malam buta ni, akhirnya lega bila tengok kawasan Masjid Negara punyalah terang benderang siap susah nak cari tempat letak kereta lagi.

Masa mendaftar, ternampak pula Kak Shana dan Iza, maka cerapan disusuli oleh sesi i miss u, u miss me sebentar...hahahah...lama dah tak nampak Kak Shana dan Iza nie.

Tapi langit kan tak selalunya cerah, nak jadi cerita penuh pulak awan dilangit..sob..sob..sob...Masa tu dah pukul 2.30 pagi dah pun. Bila kamera dari website ANGKASA tunjuk gerhana dah mula, tiba-tiba dengar pengumuman dari pihak masjid suruh mana pencerap muslim (ada juga pencerap bukan muslim join sekali..memang muhibbah masa tu) masuk dan tunaikan sulat sunat. Kami beransur dari Masjid Negara pukul 3.00pagi dan sampai Shah Alam dalam pukul 3.30pagi...

ALLAH...besar betul nikmat yang kami dapat hari tu...betapa kerdilnya kita sebagai manusia...sebab sebaik mana pun manusia merancang, bagus la rancangan yang ALLAH sediakan untuk kita =)

Pukul 2pagi...meriah kan?


Non-muslim pun ada join sama

Teleskop dari Pusat Sains Negara

Layar besar

Tengah setting koordinat cerapan

Ada jugak teleskop persendirian

Kagum betul!

Gerhana bulan dari mata kasar

2 comments:

  1. ukhwah fillah merekalah sebaik2 teman fiddunya wal ukhra...wa hasuna ulaaika rafiiqa

    Kerana ILMU kita bertemu, Kerana PERKENALAN ukhwah terjalin, kerana CITA2 perpisahan terjadi, Dan kerana satu ikatan LILLAH ia akan berkekalan & diredhai :

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...amin~!!!!!!!!!! semoga persahabatan kita berkekalan la hendaknya....amin!!

      Delete